Tuesday, October 13, 2009

Mana satu yang benar

Ibubapa yang berhutang dengan anak-anaknya atau anak-anak yang berhutang dengan ibubapa? Mungkin atas sebab-sebab yang munasabah ibubapa terpaksa meminjam wang daripada anak-anaknya, untuk pelbagai tujuan dan kepentingan isirumah itu sendiri. Namun, apa yang dikesalkan ialah apabila anak-anak yang berhutang dengan ibubapa, tambahan pula tidak mahu menjelaskan hutang tersebut. Adakah hubungan kekeluargaan yang terjalin dijadikan alasan untuk tidak membayar, ironi ke apabila umum mengatakan, "Ala, kan keluarga kita jugak tu." dan "Dalam keluarga, kita 0-0 sahaja lah". Material seperti wang juga tidak akan bertambah sekiranya kita beranggapan begitu, insya-Allah rezeki ada seperti yang diperkatakan oleh mereka terutamanya yang liat untuk membayar hutang. Disiplin untuk menjelaskan bayaran pada masa-masa tertentu adalah penting, ini menunjukkan kita benar-benar seorang manusia yang dimuliakan Allah. Otak fikiran pun ada, bagaimanalah kita boleh menjadi seorang yang dungu? Hutang perlu dijelaskan, sementara hidup di dunia supaya tidak dibebankan dengan dosa di akhirat sana nanti. Selagi bernyawa, hubungan antara manusia wajib dijaga sebaik mungkin. Anak-anak yang masih lagi tidak menyedari haruslah bangkit daripada lamunan, usia orang tua mereka tidak panjang. Maka, hormati dan sayangilah ibubapa dengan sejujurnya.