Thursday, April 25, 2013

COMEL KE CUTE?!


Assalam..fenomena comel atau cute telah melanda global sekarang..apa lagi Gwiyomi tulah..berasal daripada Korea Selatan, sudah banyak video telah dimuat turun dalam mana-mana site termasuklah YouTube..pelakunya pun mulalah berlagak comel dengan beberapa aksi comel dalam lagu tersebut..entahlah, mahu kata comel, tak pula rasa seperti begitu..bak kata orang, tengok pada masing-masing punya pandangan mata la..lagi comel kucing kesayanganku, Boboi (gambar di atas).hehe..

Kepada mereka yang ingin nak mahu kelihatan comel, berpada-padalah ye..jangan sampai orang lain mulai menyampah dengan lagak anda itu..apa kata anda sedekahkan satu senyuman, bukankah lagi bagus daripada berpura-pura cute..anda buat, anda dapat lah!

Bye for now! Senyum sokmo!

Saturday, April 20, 2013

BERLARILAH!!

Dari kiri: GwangSoo, JongKok, JaeSuk, JiHyo, SukJin, HaHa, Gary

Salam hujung minggu semua!
Rasa-rasanya semua mahu keluar makan angin hari ini, iyelah hari untuk berehat kn? Amat-amat sesuai lah luangkan masa bersama keluarga ataupun insan yang tersayang..
Malam tadi ada marathon siri Running Man - RM (Korea) di ONE HD (Astro 393) mula jam 11malam sampailah 4 pagi..tetapi aku hanya mampu tonton sehingga jam 2 pagi sahaja..hehe..kerana sudah pun mengantuk..mahu tonton sebab nak cari di YouTube, mungkin tiada (dengan sarikata English)..takpelah, lain kali ye.haha..
Episod semalam Ace JiHyo berjaya menang sekali lagi mengalahkan otai2 atau seniornya yang lain (semua kaum adam)..Go Girl Powerr! Kelakar betul semua ahli RM ni, tidak kering gusi (juga air liur.hehe..) tonton gelagat mereka..kali ini GwangSoo seperti macho pulak.haha..kadang-kadang selekeh..ada masanya dia menjadi begitu handsome..
Kalau berminat, anda juga boleh tonton siri ini setiap hari jumaat, mula jam 11 malam ye di channel 393 Astro..bye2 for now!

Monday, April 15, 2013

TAHNIAH! CONGRATS!



Assalam..pada Jumaat yang lepas, pergi ke majlis nikah adik sepupu di Seksyen 18 Shah Alam..kira anak kedua kepada mak saudara, Mak Su @ Hajah Aminah dgn Haji Mohd Zaini..setahun yang lepas telah selamat mengadakan majlis perkahwinan untuk anak sulung mereka, Najib (yg sebaya denganku.hehe..)..maka, sudah dua tahun berturut mereka bertungkus lumus mengadakan kenduri..siapa kata buat kenduri ini senang woi?! Banyak kerja tau..
Akad nikah telah pun bermula  apabila aku dan 3 orang kakak (dengan anak saudara kecik tu, Hasnan) sampai di sana..boleh duduk di luar sahaja kerana di dalam sudah pun ‘full-house’.hehe..tapi masih boleh mendengar khutbah daripada Pak Kadi (bila ye agaknya boleh mendengar khutbah seperti ini?hihi..)..lamanya, sampaikan kakak ipar terasa sudah mengantuk..pukul 9.30 malam baru selesai dengan pengantin lelakinya selamat kabulkan ijab yang dihulur dengan sekali percubaan..syabas!
Selepas itu, apa lagi yang mahu ditunggu? Makan lah! Hehe..lauk kampung yang dimasak oleh makcik sendiri (MakNgah)..bila-bila nanti nak jugak pergi ke kedai makan makcik di Bandar Putera, Jln Kebun Shah Alam..tungguu!
Esoknya pergi ke majlis resepsi atau persandingan kedua mempelai di Dewan Bankuet MBSA..pada mulanya tau juga tempatnya tetapi oleh sebab tersilap fahaman, jadi kami ambil masa yang lama menuju ke dewan itu..tambah pula ada kerja pembaikan di situ, jadi agak menyesatkan juga.hehe..apapun, kami selamat juga sampai walaupun melalui jalan belakang.rupa-rupanya kami tersilap masuk ke parkir belakang, sepatutnya masuk daripada jalan ke dataran itu..hampeh.kami berehat dulu ambil angin & nafas sebelum menjamu selera..penat tu..menu yang biasa, yang paling aku suka adalah ayam goreng berempah itu..sangat2 lembut dagingnya..siap bawak balik ayam yg kakak tak sempat nak makan (kena kacau dengan anaknya)..alih2, kakak yg mkn..dah bahagian dia.huhu..
Berjumpa dengan sanak saudara..juga dengan mereka yang kami pun tidak kenal..bukan salah kami ye! Mungkin jika diberi kesempatan, insyaAllah erat lah silaturrahim itu..mungkin pernah bertembung di mana-mana, atau sudah bertegur sapa tetapi disebabkan tidak mengetahui mempunyai ikatan kekeluargaan sebenar, maka diabaikan sahaja..sudah jadi lumrah.
Sekian sahaja tulisan ku setakat ini..apa yan baik datangnya drpd Allah S.W.T dan yg tidak baik itu datangnya drpd manusia sendiri..semoga berjumpa lagi!

Thursday, April 11, 2013

GILA ATAU GILER?!

Hanya sekadar illustri semata, bukan realiti

Semalam tonton siri ini 'American Horror: Asylum' di Astro FOX(HD)..Jalan cerita bagus tetapi mesejnya seperti sudah dijangka..kesemua ahli dalam pusat tersebut adalah gila atau dikatakan 'psycho'..segala kejadian yang terjadi disebabkan oleh kepercayaan mereka sendiri, ditambah pula desakan daripada luar iaitu komuniti...
Doktor dan orang gereja (Nun/Sister) pun bersubahat..tidak tahu mana pihak yang benar atau batil..semuanya dicampuradukkan dalam cerita yang buaknnya seram mana pun..hebat betul mereka yang menghasilkan drama ini, bijak memanipulasi manusia..awas, jangan pula kita salin bulat-bulat apa yang mereka ilhamkan ini, ambillah sahaja mesej positif yang mahu ditonjolkan dalam drama ini (jika ada)..kalaupun tiada, anggaplah ia sekadar hiburan semata-mata..
Dalam episod pertama ini, kemunculan pelakon undangan atau cameo penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine..tetapi sekadar tangkap muat sahaja sebab awal-awla lagi sudah masuk perangkap (habis lengannya dibaham roh tak tenteram a.k.a hantu jahat)..harap pada kehenseman dia sahaja, lakonan biasa-biasa..
Okay setakat ini sahaja komen melalut aku..selamat menonton setiap hari Khamis jam 11mlm!

Tuesday, April 9, 2013

NEW MEMBER!

Salam 1Malaysia semua,
 Tanggal 20 Mac 2013 (hari Khamis) yang lepas, aku telah menerima satu khabar gembira dari kakak..dia telah selamat bersalin, anaknya (nombor 4) adalah perempuan, seberat 2.20 kg shj..yeah! aku merasa sangat gembira kerana ahli baru ini akan meramaikan keluarga kami yang sedia ramai ini.hehe..
Kini aku perlu mengira jumlah anak saudara..jom kita kira!

Kakak #1 - 3 org anak (Akmal, Aslam, Azfar)
Abang #2 - 6 org anak (Mariam, Najmuddin, Amirruddin, Fathiatun, Aliffuddin, Maisarah) + cucu saudara    (Adam)
Kakak #3 - 4 org anak (Adibah, Zulhusaini, Syairah, Afifah)
Kakak #4 - 2 org anak ( Nabil, Najib)
Kakak #5 - 2 org anak (Afif, Nuralifah)
Kakak #6 - masih bujang; Sabah
Abang #7 - 8 org anak (Luqman, Izzah, Nu'man, Iman, Aiman, Zaqwan, Syahman, Ridhwan)
Kakak #8 - 2 org anak (Muaz, Muiz)
Kakak #9 - masih bujang; Kajang
Abang #10 - 3 org anak (Erni, Elliya, Daniel)
Kakak #11 - tiada lagi anak
Kakak #12 - 4 org anak (Aqil, Aishah, Hadi, Ain Hawani)
Kakak #13 - 3 org anak (Aina, Najihah, Wajdi)
Kakak #14 - seorg anak (Hasnan)
Aku #15 -  masih lagi bujang; Shah Alam

Untuk pengetahuan semua, nama ahli baru adalah AIN HAWANI..sesiapa yg menonton drama Adam & Hawa pasti dapat cam nama ini.hehe..(bapanya berkenan dgn nama itu lepas jadi peminat setia drama tu)

Jadi, jumlahnya adalah 39 org! Jumlah ni tak termasuk 2 org anak saudara (kakak berkahwin dgn bapa tunggal) yg seramai 2 org..Jumlah bersihnya adalah seramai 41 org la! Ramainya! Jika dijumlahkan dgn semua ahli: 15 (adik beradik) + 12 (ipar duai) + 41 (anak saudara+cucu saudara) = 78 org!
Telah ditakdirkan kedua org tua meninggal dunia, jika tidak boleh jadi  80 org..belum lagi termasuk saudara/sepupu yg lain itu..barangkali mencecah 100 org! Cayalah!