Sunday, March 13, 2011

Mac 3, 2011

Pagi ni sebelum sempat aku melangkah masuk ke pejabat, rakan sekerja aku i.i Alif memaklumkan sesuatu yang acapkali dihadapi oleh aku sendiri..Dia kena 'tiau' dengan penghuni yang berang..Kasar bunyinya, kan? Namun itulah yang terjadi..Lumrah manusia apabila permintaan tidak dipenuhi (juga janji tidak ditepati), bisa menggoncang dunia, dalam kes ni pejabat kabin aku la..Isu ni sudah pun berbangkit sejak beberapa bulan dahulu..Barang belum sampai dijadikan alasan yang aku kira agak lapuk bagi kes ni..Patutlah angin pagi tadi begitu kuat menyapa aku, disebabkan kejadian tadi mungkin..Ah, apa ada dengan insiden tadi! Hanya Allah yang Mengetahui di sebaliknya..Kini, hujan pun telah menurunkan tangisannya, kadangkala aku merasakan yang hujan ni seperti tangisan aku juga..Menangis dalam diam, tidak pula diketahui punca munculnya perasaan ni..Sambil2 aku memakan roti ( yang dibeli dalam perjalanan dari bandar Klang), aku menikmati suasana dingin sejuk hujan yang membasahi bumi ciptaan Allah yang Maha Esa ni..
Hari ni juga genap seminggu usia anak saudara, Hasnan..Belum boleh dilihat berisi kerana mungkin dia tidak menyusu badan dengan sepenuhnya..Namun, aku yakin sedikit nasa lagi aku akan berani mendukungnya (itupun selepas Hasnan sudah kuat untuk dipegang oleh ku)..Boleh dikatakan trauma masih menyelubungi diri kerana dahulu aku pernah mengalami satu insiden ketika mendukung anak saudara (kini, telah sihat membesar, umur 16 tahun)..Waktu itu, masih menduduki rumah pusaka nenek (rumah kayu) yang pastinya mempunyai bendul2 yang memerangkap langkah..InsyaAllah, masanya akan tiba..Lebih2 lagi apabila aku sendiri akan memperolehi zuriat, takkanlah tidak mahu didukung anak itu.
Pada hari Jumaat yang penuh berkat ni, aku berdoa diberikan petunjuk serta kasih sayangNya untuk menghadapi hidup yang serba mencabar ni..Amin!!!

Wednesday, March 2, 2011

TINGGAL 1 HARI JER..

Salam..sudah pasti nama anak saudaraku yang terbaru (lahir Jumaat lepas, 25/2/2011) adalah NOR HASNAN B. NOR HISHAM..sudah boleh masuk dalam rekod keluarga.hehe..raya tahun ini bertambah lah bajet angpau aku..malahan, aku kini sudah pun pegang duit sendiri..mana nak 'cekau' duit ni?oleh yang demikian, aku perlulah mulakan langkah dari sekarang untuk mencari lubuk2 rezeki..tak kisahlah secara separuh masa sahaja..atau aku telah memohon pekerjaan lain (keutamaan dalam sektor kerajaan)..bukan apa, sebagai jaminan dalam hidup aku..mana nak guna untuk belanja, simpanan, pelaburan dan yang seriusnya, untuk berkeluarga.jeng3..entah bila agaknya jodoh aku sampai?kawan2 jangan lupa doakan aku ye..tinggal hari ini sahaja pelan Internet aku dapat digunakan..ini jugak perlukan 'fulus', jadi tak mau ye membazir..balik rumah, boleh juga ber'layar'.hehe..(faham2 jelah)..
Tiba-tiba sejak kebelakangan ini terkenang zaman kecil2 dulu..sebelum umur 5 tahun pasti sudah lupa..namun, selepas itu masih lagi melekat di benak aku ini..apa salahnya sekali sekala terkenang tetapi jangan pula dibuat selalu, maunya orang mengata kita ini asyik berangan sahaja..insyaAllah, di masa hadapan akan aku letakkan gambar2 kenangan keluarga dan juga zaman persekolahan aku di sini..bukan sekarang kerana gambar2 tersebut bersepah di tangan ahli keluarga.maka agak susahlah untuk mencari dan mengumpulnya semula..diharap anda dan juga aku bersabar..hehe.
Penat rupanya nak memerah idea menulis blog ini ye?masih tidak biasa rasanya..lama kelamaan akan beransur bagus dan mantap..salam khamis buat kawan2, tahniah kepada Wan Normadihah Wan Mohammed (T'ganu) yang telah bergelar ibu kepada bayi perempuan 3 hari lalu..senyum sokmo!

Friday, February 25, 2011

ANAK SAUDARA KU LAHIR..

Salam,
Semoga semua dalam keadaan sihat..salam 1Malaysia juga..tarikh keramat 25 Feb. 2011 bersamaan hari Jumaat (22 RabiulAwal 1432H), aku secara rasminya mendapat anak saudara baharu..lelaki jantinanya, nama sudah ada tapi aku belum lagi memastikannya lagi (Mungkin Nor Muhammad Aslan atau Asnan)..lahir dengan berat hanya 2.8 kg, namun ada masalah jantung, berdegup deras atau lama lain mudah mengah..kakak aku itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung (jantung berlubang) sejak dilahirkan dahulu tapi telah pun sembuh secara semulajadi apabila meningkat dewasa..apakah mungkin ini diturunkan kepada anak sulungnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua..
Anak saudara baharu ini telah menambah bilangan anak-anak saudara aku kepada 37 orang..mungkin anda yang mengetahuinya berasa amat hairan, ada juga yang kagum..maklumlah aku berasal daripada keluarga yang besar dengan adik beradik seramai 15 orang (aku merupakan anak bongsu)..hanya tinggal 2 orang kakak aku (yang berumur lebih 35 tahun tapi masih bujang) dan aku sahaja yang belum berkahwin..sesiapa yang berkenan untuk kenal kakak (atau aku.hehe..), dipersilakan..janganlah hanya kami berpendidikan tinggi dan berkerjaya bagus, anda lelaki sekalian di luar itu malu atau tidak mahu mengenali..kami pun manusia biasa, yang ada keinginan untuk berkeluarga.
Selamat berhujung minggu buat semua, jangan nakal-nakal tau! Hehe..aku mahu ber'taaaruf' dengan anak saudara baharu minggu ini..(nota: gambarnya akan aku muat turun dalam blog ini sedikit masa nanti)..saranghae!

Sunday, February 20, 2011

APA TUNGGU LAGI?!

Salam, apa sahaja lah yang membuatkan kita menunggu dan terus menunggu...benarlah kata pujangga, penantian itu satu penyeksaan..tetapi aku berasa tiada apa yang perlu dirisaukan, asalkan penantian kita itu diisi dengan perbuatan, perkataan dan niat yang bermanfaat..ini sahaja yang wajib untuk mengelakkan kita daripada sebarang bentuk tekanan termasuk emosi, rohani mahupun yang sewaktunya dengannya..namun, dalam aspek pekerjaan, tidak praktikal untuk melengah-lengahkan tugasan yang diberi..terutamanya melibatkan pelanggan, yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah di masa hadapan..
Ayuh, bersama-sama kita meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih produktif! Tidak kiralah anda berada dalam golongan bawahan, pertengahan atau atasan..janganlah anda anggap pekerjaan anda itu hanya batu loncatan semata-mata untuk mengumpul harta kekayaan dunia..kepuasan pelanggan adalah realiti di zaman materlistik ini..sekiranya ini tidak dijayakan, luluh leburlah kepercayaan serta prestasi anda dan syarikat..bukan mudah untuk mengekalkan apa yang telah kita gapai, berbanding dengan memperolehinya.
Awas, anda yang mengaku memikul amanah tetapi tidak merealisasikannya dan sebaliknya, menyalahgunakan tanggungjawab tersebut untuk kepentingan sendiri! Ingatlah, hidup ini ibarat roda..kadangkala kita berada di atas, kadangkala di bawah..seperti roda kenderaan, akan dihenyak apabila di bawah..setiap manusia pasti akan menghadapi cabaran dan dugaan..Insya-Allah, pasti ada jalan jika kita mempercayai-Nya..
Dunia adalah pentas, manusia adalah pelakonnya..terpulang kepada kita untuk mewarnakan watak dan hasilnya akan kita perolehi sama ada dengan cara yang baik atau sebaliknya..renung-renungkanlah..wassalam

Thursday, February 17, 2011

Salam Tahun Baharu 2011


Salam semua..tak terlambat ye nak ucapkan salam tahun baharu pada kawan2 semua & seantero hamba Allah di atas muka bumi ini..semoga apa yang diharapkan dalam tahun ini akan tercapai..bercakap pasal azam atau harapan, resolusi atau apa sahaja nama diberi, sememangnya dah termaktub dalam jiwa manusia untuk mencapai sesuatu di awal tahun baharu..tetapi jangankan azam baru, azam yang tahun sebelumnya pun masih belum dicapai lagi..apa sebabnya? ambil contoh saya: setiap tahun nak ambil lesen P (kereta) tapi dari hari ke hari tak dilaksanakan..alasannya, tiada bajet (belum lagi bekerja) dan masa..tahun lepas (2010), arwah bonda dah tinggalkan kami buat selama-lamanya..selepas itu, barulah saya merangkak untuk mencari kerjaya yang stabil dan bina hidup baharu.walau apapun alasan yang diberi, asalkan niat kita suci, barulah tindakan seterusnya akan diberkati..kini, saya dah pun bekerja, mempunyai pendapatan sendiri dan kepentingan lain..azam tahun ini semestinya berusaha mendapat lesen memandu, Amin! sudah lama tak menulis, terasa tak biasa pulak..hehe..pasti selepas ini, akan kerap menulis..nantikanlah apa crita yang akan dikongsi..wassalam & saranghae!

Sunday, November 8, 2009

the good old days!


salam,
teringat zaman kecik2 dulu, xpikir apapn..yg tahu cuma main2 aje. main dgn kakak yg tua setahun dr aq, sbb yg lain dh pn kerja atau bersekolah..masa tu tinggal menyewa di Telok Panglima Garang, Banting..rumah kayu lama tp sgt selesa.pertama kali bela kucing n anak2nye, tp sayang tak lama sbb masa aq umur 5 thn kena pindah ke Klang (sekarang dlm bandar Shah Alam)..bila lalu di situ, pasti terkenang balik pd memori. tepatnye, kwsn tu dinamakn Pulau Carey, xtahu knape dinamakn begitu, sbb xpenah pn sampai ke pulaunye..ahaks! mgkn sekadar nama aje..aq masuk pra sekolah (tabika Kemas) setahun awal, jd 2thn aq blaja di tabika tu.lg la advance aq blaja..best bangat sbb mkn pn sedap (makcik aq yg masak) dan ramai kwn2.
masa tu duduk di rumah pusaka arwah nenek besar mak, byk brg dulu2 yg ditinggalkn, smp satu almari @ gobok.tp kitorg xpenah usik, takut ade pape yg menjengah.ahaks! rumah ni mmg nostalgia, bak kata P.Ramlee dlm filem Tiga Abdul: rumah yg mcm muzium ni yg nk runtuh ni..tp masih kukuh lg, duduk dr tahun 1989 hingga 1999/2000. cuma bimbang aje kalo2 ade sang ular menyapa, sbb kt dapur ade satu bilik kecil, yg pintunya cm umah Jepun..tak pernah dibuka sejak kitorg nmpk ade ular dlmnye.gerun!
ade satu bilik saje, yg jd bilik pengantin kalo ade walimah kakak2 n abang2.tp ade beberapa bahagian yg cukup luas utk tido, aq biasa tido di bhgian yg hampir dgn dapur bersama arwah abah, mak dan kakak..atas tmpt tido tu ade loteng, byk gak brg2nye..sang tikus pn ape kurangnye.bila memandang ke atas, pasti rasa xsedap hati..tp tetap tido dgn lena.ahaks! paling memori, kalo nk lepas hajat kena g tandas luar..mlm2 jgn la sakit perut, tp lama2 dh biasa. TV dulu pn nostalgia gak, kene dipulas dgn playar kalo nk tukar tv lain..kelakar rasanye tp kdg2 bengang sbb asyik xdpt pulas aje.nasib baik ade TV lain (kt tmpt tido aq) yg agak moden, tp punat/butang die pn masalah gak..kdg2 xelok gambar. paling best tentang rumah ni, ketinggian die.kalo air pasang atau banjir xlah susah. kdg2 tu dgr bunyi papan yg reput bila kaki pijak, cm xselamat aje..alhamdulillah mak dpt pampasan dr kerajaan yg amik tanah milik mak (kt hulu Sg. Klang).dpt la wat rumah batu baru yg selesa, dgn 4 bilik dan dapur yg luas. barulah dpt tukar TV yg elok sket.
pd tahun 2001, kenduri wat di rumah baru..runah lama diruntuhkn, sedih gak tengok tp benda dh tak diperlukan.dulu pokok buah langsat, manggis, rambutan dan pulasan semua dh jd memori.terpaksa la beli kalo nk makan. tp xberkesempatan utk amik brg2 peninggalan arwah nenek besar (keturunan Baba Nyonya). blh wat koleksi antik.ahaks! sampai waktu nnt aq nk abadikan lukisan rumah lama tu, utk diletakkn di rumah skrg, ditatap oleh generasi seterusnye..insya-Allah.

Tuesday, October 13, 2009

Mana satu yang benar

Ibubapa yang berhutang dengan anak-anaknya atau anak-anak yang berhutang dengan ibubapa? Mungkin atas sebab-sebab yang munasabah ibubapa terpaksa meminjam wang daripada anak-anaknya, untuk pelbagai tujuan dan kepentingan isirumah itu sendiri. Namun, apa yang dikesalkan ialah apabila anak-anak yang berhutang dengan ibubapa, tambahan pula tidak mahu menjelaskan hutang tersebut. Adakah hubungan kekeluargaan yang terjalin dijadikan alasan untuk tidak membayar, ironi ke apabila umum mengatakan, "Ala, kan keluarga kita jugak tu." dan "Dalam keluarga, kita 0-0 sahaja lah". Material seperti wang juga tidak akan bertambah sekiranya kita beranggapan begitu, insya-Allah rezeki ada seperti yang diperkatakan oleh mereka terutamanya yang liat untuk membayar hutang. Disiplin untuk menjelaskan bayaran pada masa-masa tertentu adalah penting, ini menunjukkan kita benar-benar seorang manusia yang dimuliakan Allah. Otak fikiran pun ada, bagaimanalah kita boleh menjadi seorang yang dungu? Hutang perlu dijelaskan, sementara hidup di dunia supaya tidak dibebankan dengan dosa di akhirat sana nanti. Selagi bernyawa, hubungan antara manusia wajib dijaga sebaik mungkin. Anak-anak yang masih lagi tidak menyedari haruslah bangkit daripada lamunan, usia orang tua mereka tidak panjang. Maka, hormati dan sayangilah ibubapa dengan sejujurnya.