Monday, April 15, 2013

TAHNIAH! CONGRATS!



Assalam..pada Jumaat yang lepas, pergi ke majlis nikah adik sepupu di Seksyen 18 Shah Alam..kira anak kedua kepada mak saudara, Mak Su @ Hajah Aminah dgn Haji Mohd Zaini..setahun yang lepas telah selamat mengadakan majlis perkahwinan untuk anak sulung mereka, Najib (yg sebaya denganku.hehe..)..maka, sudah dua tahun berturut mereka bertungkus lumus mengadakan kenduri..siapa kata buat kenduri ini senang woi?! Banyak kerja tau..
Akad nikah telah pun bermula  apabila aku dan 3 orang kakak (dengan anak saudara kecik tu, Hasnan) sampai di sana..boleh duduk di luar sahaja kerana di dalam sudah pun ‘full-house’.hehe..tapi masih boleh mendengar khutbah daripada Pak Kadi (bila ye agaknya boleh mendengar khutbah seperti ini?hihi..)..lamanya, sampaikan kakak ipar terasa sudah mengantuk..pukul 9.30 malam baru selesai dengan pengantin lelakinya selamat kabulkan ijab yang dihulur dengan sekali percubaan..syabas!
Selepas itu, apa lagi yang mahu ditunggu? Makan lah! Hehe..lauk kampung yang dimasak oleh makcik sendiri (MakNgah)..bila-bila nanti nak jugak pergi ke kedai makan makcik di Bandar Putera, Jln Kebun Shah Alam..tungguu!
Esoknya pergi ke majlis resepsi atau persandingan kedua mempelai di Dewan Bankuet MBSA..pada mulanya tau juga tempatnya tetapi oleh sebab tersilap fahaman, jadi kami ambil masa yang lama menuju ke dewan itu..tambah pula ada kerja pembaikan di situ, jadi agak menyesatkan juga.hehe..apapun, kami selamat juga sampai walaupun melalui jalan belakang.rupa-rupanya kami tersilap masuk ke parkir belakang, sepatutnya masuk daripada jalan ke dataran itu..hampeh.kami berehat dulu ambil angin & nafas sebelum menjamu selera..penat tu..menu yang biasa, yang paling aku suka adalah ayam goreng berempah itu..sangat2 lembut dagingnya..siap bawak balik ayam yg kakak tak sempat nak makan (kena kacau dengan anaknya)..alih2, kakak yg mkn..dah bahagian dia.huhu..
Berjumpa dengan sanak saudara..juga dengan mereka yang kami pun tidak kenal..bukan salah kami ye! Mungkin jika diberi kesempatan, insyaAllah erat lah silaturrahim itu..mungkin pernah bertembung di mana-mana, atau sudah bertegur sapa tetapi disebabkan tidak mengetahui mempunyai ikatan kekeluargaan sebenar, maka diabaikan sahaja..sudah jadi lumrah.
Sekian sahaja tulisan ku setakat ini..apa yan baik datangnya drpd Allah S.W.T dan yg tidak baik itu datangnya drpd manusia sendiri..semoga berjumpa lagi!

No comments: