Assalam..demam pilihanraya masih lagi surut, apatah lagi dalam tempoh 21 hari selepas hari pengundian, sesiapa yang tidak berpuas hati boleh mencabar keputusan yang diperolehi..betul atau tidak, hanya Allah yang mengetahui..
Bagi ku, cukup-cukup sudah lah dengan drama politik dan teruskan kehidupan yang ada..buat apa dikenang lagi tempatnya jatuh..apa yang penting, kita bangkit dan melangkah ke hadapan..
Bulan kemerdekaan hampir tiba..waktu inilah tunjukkan setia dan bangga menjadi rakyat Malaysia..jangan pula melebih-lebih pada kempen pilihanraya, bagai nak rak menghias jalan, kediaman dan segala pelosok ruang dengan bendera parti masing-masing tetapi amat sedih tidak kibarkan bendera walaupun sehelai di tempat sendiri..kalau adapun, sudah luntur warnanya, tidak menarik hati dan memalukan sahaja untuk menjadi tontonan orang luar..jangan juga diberikan alasan tidak cukup perbelanjaan untuk perkara ini setelah banyak dihabiskan untuk kempen..fikir-fikirkanlah sendiri..anda buat, anda dapat..
Sekian coretan spontanku..semoga bahagia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
No comments:
Post a Comment