Sunday, March 31, 2013

Cenang oh Cenang!

Assalam,
Bercuti di Langkawi pada minggu lepas seperti perjalanan yang boleh dikatakan pengubat kerinduan kepada suasana percutian itu sendiri..akan tetapi banyak pula perbelanjaan yang telah dilaburkan..huhu
Namun begitu, ciptaan sempurna Ilahi seperti di Pantai Cenang ini tidak ada galang gantinya..SubhanaAllah. Waktu ini matahari mulai tenggelam, suasana malam mulai menjelma..aktiviti manusia makin galak berlaku..aku sempat menikmati nyaman udara segar di sini walaupun sering juga diselangselikan dengan hembusan asap rokok yang disembur oleh segelintir pelancong..benci betul!
Juga ada juga di antara mereka yang masih lagi alpa dan sombong mengotorkan pantai yang indah itu..bukannya tiada tong sampah..sebahagian besar pelancong adalah mereka yang bukan warganegara Malaysia..ku fikir juga mereka ini sanggup berhabisan wang untuk datang ke sini..terutama untuk menggelapkan kulit (tanning)..huhu..biarkanlah mereka itu..
InsyaAllah jika diberi kesempatan (dan juga keadaan ekonomi yang baik), aku ingin sekali datang ke sini lagi..cuma pada masa yang sangat sunyi dengan kehadiran orang mungkin, untuk ku tenangkan diri dan fikiran..
Bersiap siaga la walaupun anda hanya mahu bercuti..kerna ianya sangat diperlukan..fizikal, mental dan kewangan.

No comments: