As-salam..
Lumrahlah hidup ni..penuh dengan ranjau, dugaan, ujian dan halangan..mungkinkah kerana amalan kepada Tuhan tidak diterima, maka kesemua langkah serta usaha tidak mendatangkan hasil..
Rezeki..itu memang luas..betul..bukan setakat dinilai dari segi material/wang, ia juga berkaitan dengan kebahagiaan, kesenangan, kesihatan (fizikal & rohani) dan sebagainya..namun, satu perkara yang seringkali diulangsiar oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur, pangkat, kedudukan serta tahap pendidikan..
- WANG
Betul la kata bijak pandai: waktu ia tiada, ditangisi..waktu ia ada, tidak disyukuri
Bagaimana cara nak menghargai setiap sen dengan perkara yang baik & munasabah? Setiap manusia ada cara tersendiri..tidak terkecuali mereka yang kelabu mata melihat kemewahan yang kadangkala bakal memusnahkan diri..
Adakah bagi si pemurah hati yang tidak kisah memberi daripada menerima itu akan sentiasa dimurahkan rezekinya? Atau si kedekut/bakhil yang berkira dengan setiap keluaran hartanya akan disempitkan rezekinya?
Semua ini bukan di tangan manusia, bukan? Hanya Yang Maha Kuasa ada jawapannya..sebagai manusia, kita mampu untuk merencana sebarang bentuk kehidupan yang disukai..termasuk merancang & mentadbir hal kewangan..
Akhir kata, percayalah pada takdir & qada' Allah..
TERIMA KASIH ALLAH S.W.T
No comments:
Post a Comment