Saturday, April 20, 2013

BERLARILAH!!

Dari kiri: GwangSoo, JongKok, JaeSuk, JiHyo, SukJin, HaHa, Gary

Salam hujung minggu semua!
Rasa-rasanya semua mahu keluar makan angin hari ini, iyelah hari untuk berehat kn? Amat-amat sesuai lah luangkan masa bersama keluarga ataupun insan yang tersayang..
Malam tadi ada marathon siri Running Man - RM (Korea) di ONE HD (Astro 393) mula jam 11malam sampailah 4 pagi..tetapi aku hanya mampu tonton sehingga jam 2 pagi sahaja..hehe..kerana sudah pun mengantuk..mahu tonton sebab nak cari di YouTube, mungkin tiada (dengan sarikata English)..takpelah, lain kali ye.haha..
Episod semalam Ace JiHyo berjaya menang sekali lagi mengalahkan otai2 atau seniornya yang lain (semua kaum adam)..Go Girl Powerr! Kelakar betul semua ahli RM ni, tidak kering gusi (juga air liur.hehe..) tonton gelagat mereka..kali ini GwangSoo seperti macho pulak.haha..kadang-kadang selekeh..ada masanya dia menjadi begitu handsome..
Kalau berminat, anda juga boleh tonton siri ini setiap hari jumaat, mula jam 11 malam ye di channel 393 Astro..bye2 for now!

No comments: