Sunday, July 24, 2011

Hai-O





Salam..agak lama juga tak menulis di sini.hehe..kini, saya nak hebah2kan pada semua tentang kehebatan (atau istimewanya) produk2 kesihatan & kecantikan Hai-O..setakat ini, saya telah guna beberapa produk & hasilnya amat memuaskan..produk2nya adalah:
1) Pakaian Premium Beautiful (PB)- satu set
2) Minuman yogurt Lacto-lite
3) Minuman serbuk Garam Buluh
4) Herba Maharani
5) Minuman teh Imperial
Produk2 di atas untuk membantu saya menurunkan berat badan secara sihat & terkawal..pakaian PB tu perlu dipakai selalu untuk dapat hasil yg best..untuk detox, perlu ambil produk 2-5 secara konsisten sekurang2nya selama sebulan..alhamdulillah badan saya terasa ringan, jadi kalau nak berjalan kaki pun, tak rasa penat..hehe.walau apapun, rejim diet semestinya diiringi dengan pemakanan yang sihat (elakkan makan malam selepas jam 8 malam) & kalau boleh, dapat bersenam, lagi bagus untuk hasil yang cepat..namun bagi saya, tak perlu mendapat dengan cepat, cukuplah untuk menjadi lebih sihat pada masa depan.
Untuk pertanyaan lanjut tentang produk2 di atas, jangan segan2 emel sy di fila206@yahoo.com atau boleh beli terus di www.yatt2ushop.lot.my (bagi produk no 2-4 sahaja ye)
Terima kasih kerana sudi berkongsi! Salam 1Malaysia..

Tuesday, July 5, 2011

Produk Hai-O


Salam..alhamdulillah dapat juga menulis di sini..nak sambung promo produk Hai-O..kini, saya pun menggunakan 3 produk i.i Premium Beautiful (pakaian), Herba Maharani (pil kesihatan) & Lacto-lite Nurich (minuman kesihatan)..setakat ini, hasil yang diperolehi amat memuaskan kerana tiada lagi kesan-kesan negatif yang melekat di tubuh.hehe..walaupun agak perlahan tapi saya yakin, proses ini menjanjikan kesan yang bagus di masa hadapan.insyaAllah..di sini juga saya sisipkan gambar kesemua produk (hanya sebahagian) untuk pembaca..sebarang pertanyaan, boleh emel kepada saya di fila206@gmail.com, telefon fadzilah di talian 010-7153221 atau layari  
www.hai-omarketing.com.my
MEMANG SANGAT BERKESAN & TERBAIKK!!
Salam 1Malaysia!

Sunday, July 3, 2011

Promo&Jualan

Salam..kepada pengikut blog aku (ade ke??), aku nak buat satu promo mengenai produk berkualiti Hai-O..sebab aku pun menggunakannya (Lacto-lite, Premium Beautiful, Maharani), kesan adalah serta merta..kerana 70% hasilnya adalah untuk kesihatan, manakala selebihnya untuk kecantikan..dari semasa ke semasa aku akan paparkan maklumat produk & diharap kepada yang berminat sila kemukakan sebarang pertanyaan di emel aku: fila206@gmail.com
Atau pun, layari laman sesawang www.hai-omarketing.com.my untuk kenal lebih lanjut tentang produk Hai-O (aku belum lagi membuat sisipan mengenainya sekarang.sila sabar ye.haha..) Terima kasih, salam 1Malaysia..

Monday, June 27, 2011

Cuti2 @ Kuantan



Salam, lama jgk xmenulis di sini.hehe..awal bulan Jun lepas, aku telah memaksa diri ke Kuantan, ada company trip a.k.a family day NJACS..tinggal di Bukit Gambang Resort City, 3Hari 2 Malam..di sana ada water theme park tetapi aku tidak gemar aktiviti seperti ini..jadi, aku memencilkan diri, menjaga barang2 senior.hehe..ada cabutan bertuah, pusingan pertama dijamin semua staf akan dapat hadiah, cuma kecik atau bsr je..aku dpt sandwich maker, kat rumah pun takde.haha..pusingan utama, aku tak bernasib baik.hadiah TV LCD la..huhu..namun, aku sangat gembira jumpa dgn staf2 lain, sbb tak penah kenal mereka..ada juga yg telah menarik tumpuan aku.hehe..tapi sekadar di pinggiran aje, bukan serius.mungkin di masa hadapan, aktiviti ini akan diteruskan, aku dpt mengenali mereka lebih rapat.insyaAllah..

Monday, May 30, 2011

Salam..

Sudah agak lama xmenulis di dalam blog ni..hehe.sibuk sedikit kerana telah pergi ke Pontian, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat, Suhana Razali di Johor Bahru..sementelah berada di Pontian, aku telah menumpang di rumah sahabat, Nurul Mariam Husin, yang kini bekerja sebagai Pegawai Sains/Ketua Jabatan Patologi Hosp. Pontian..juga lama tak ketemunya..namun, banyak juga disembangkan, terasa bertaut kembali memori semasa di UPM. majlis Sue pada hari sabtu (28 Mei 2011), nasib tak menyebelahi kami kerana lewat sampai ke destinasi (sebab tak memahami selok belok jalan), hehe..apabila sampai, ramai kunjungan telah balik, Su & suami pun tak dapat melayan kami kerana sibuk mengambil gambar..apapun, doa & harapan agar jodoh Sue berpanjangan & segera menimang cahaya mata..selamat pengantin baharu, Sue & Dr. Erham!

Thursday, May 19, 2011

My Things



Salam..baru2 ini aku telah membeli sebuah beg duit yang aku rasa cantik..hehe.berharga rm1o, mahu ganti beg aku yang telah rosak..aku gunakan beg ini supaya senang untuk bawa telefon bimbit..xperlu la bawa beg yang besar2..juga, sandal Asadi aku yang kini menjadi kegunaan aku setiap hari..memang selesa sebab diperbuat daripada getah tetapi kena berhati2 ketika melangkah..sebab kemungkinan nak tergelincir tinggi.huhu..terutama melalui jalan yang basah.mujur, setakat ini tiada yang berlaku, alhamdulillah..aku kan banyak berjalan jadi alah bisa, tegal biasa.haha..terima kasih pada yang sudi berkongsi (kalau tiada pun, apa aku kisah?!)!

Favourites & Me



Salam..aku telah membeli senaskah buku Sudoku yang terbaharu..namun, tidak seperti edisi sebelum ini kerana tiada di rak buku kedai.huhu..Tak mengapa, asalkan aku dapat mengerah otak..lagi satu, buku nota aku yang didapati secara percuma dengan langganan setahun Majalah i-Sihat (keluaran UtusanKarya)..boleh la aku mendapat info2 kesihatan, maklum la aku kini dalam proses menurunkan berat badan.memang best majalah ini..tahniah kepada Utusan..selamat menjaga kesihatan & chayok pada peminat Sudoku yang lain!

People & Me


Salam..anak buah aku yang terbaru i.i Nor Hasnan sudah pun dekat 3 bulan usia..baharu hantar ke jagaan orang (dalam kampung juga) tetapi dah bertambah tembam.hehe..sudah lain muka dia. Makin comel, agaknya mengikut makcik2 di sini..maklumla, semua perempuan..macam raja la dia..cuti sekolah nanti ayahnya akan balik, dapat la jumpa..majlis aqiqah mungkin diadakan bulan hadapan (tarikh 11 Jun 2011, Sabtu)..harap semua berjalan dengan baik. Salam 1Malaysia!

Thursday, May 5, 2011

Masjidku..


Ini la masjid di kawasan tempat tinggal aku..juga akan dijadikan tempat untuk aku bergelar seorang isteri, insyaAllah..masanya akan tiba..tak silap siap dibina pada tahun 2001, atas cadangan arwah abah aku, Hj Md Nusi Hj Sirat..masa tu arwah aktif menjadi salah ahli komuniti masjid..alhamdulillah, tersergam indah..diharap banyak aktiviti akan dijalankan di sini..bersama mengimarahkan rumah Allah ini..

Miaww..



Salam..terima kasih pada yang sudi berkongsi..nak cerita pasal kucing rumah yang baru aje mati 2 minggu lepas..nama panggilannya, ChaCha..betina, ibu kepada 3 generasi iaitu untuk kali pertama, anak2 ada 2 ekor (BuBu & BiBi), kali kedua anak2 ada 3 ekor (Putih, Comel & Comot)..tapi malang juga Putih juga mati sebab batu karang sebelum ibunya ikut langkahnya..yang terkini, ada 3 ekor anak - Boboi, Ren & TamTam..comey semuanya, sayang tak lama nak rapat dengan ibunya..huhu.namun, anak ChaCha i.i BuBu & BiBi juga telah beranak tapi hanya seekor aje yang hidup sampai sekarang kerana tak kuat..mungkin sebab hasil hubungan dengan induknya sendiri..ChaCha sayang pada semua anak2 kecil itu..sedih sangat bila pagi menjelang, tiada kelibatnya di depan pintu rumah..sebelum itu (tengah malam), terdengar suara anjing2 liar..itu la puncanya dia mati, aku fikir..malam itu dia begitu manja sekali, seperti petanda dia takkan lama lagi hidup..lumrah dunia haiwan, hidup mati menjadi kebiasaan..begitu juga dengan manusia..

Tahniah!


Salam..tahniah kepada rakan-rakanku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan..walaupun sama umur tetapi jodoh masing-masing hanya Allah yang tahu..cepat atau lambat jodoh tu datang juga tidak diketahui..jika tahu, masakan aku masih lagi bergelar bujang lapok?hehe..barangkali belum lagi boleh dipanggil lapok, namun auranya semacam mendekati..insyaAllah, sampai seru, aku akan bernikah..tiada sesiapa manusia pun yang mahu mengelak dari berkeluarga sendiri, apatah lagi mempunyai zuriat..sememangnya perkahwinan itu menjanjikan banyak manfaat dan menjadikan manusia itu lebih bahagia..doaku semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat dengan jodoh masing-masing..pada yang sudah atau akan mempunyai anak, peliharalah ia dengan sempurna..satu hari nanti akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, Amin!!!

Monday, May 2, 2011

Me!



Bulan April sudah pun menghilang..namun, kenangan di dalamnya aku takkan lupakan..setiap saat pun aku seboleh-bolehnya tidak mahu mensia-siakannya..biarlah orang di sekeliling berkata macam-macam terhadap kita, kita seharusnya tidak melenting..sebaliknya, berfikir tentang natijah serta kesan yang di[erkatakan itu kepada kita..muhasabah diri adalah jalan terbaik buat semua hamba Allah di muka bumi ini..salam sayang dariku..

MIHAS 2011


Salam..maaf sebab baharu update blog setelah sekian lama..sekalian sudah maklum, bulan April lepas berlangsung pameran halal antarabangsa atau lebih dikenali dengan MIHAS di Pusat Konvensyen KLCC..aku turut sempat menjenguk booth yang ada, sebanyak 4-5 dewan menempatkan lebih 500 booth dalam dan luar negara..namun, aku hanya mampu menjenguk sekadar lalu sahaja, memandangkan ramai pengunjung dan aku pula ingin mempercepatkan edisi perjalanan pada hari tersebut (pendek kata, perlu balik segera!)..aku sempat membeli produk iaitu makanan cepat masak (ready-to-eat food) - tomyam lemak ikan patin..rasanya sedap, sesuai la bagi yang ingin membawa ke luar negara, hanya perlu rendam paket dalam air mendidih..selepas 5 minit, boleh la dimakan..selain itu, aku sebenarnya ingin mencari produk berkaitan herba roselle..namun, hampa akhirnya..lantas, aku bertukar kepada produk terbaharu yang lain..salah satunya, penyembur rambut, mengandungi wangian lavender..amat sesuai diguna oleh wanita muslimah yang memakai tudung..aku pun mencubanya, membeli pek sampel yang berharga RM10.00 (3 botol)..tetapi, penggunaannya begitu singkat dek kerana isipadu sampel tersebut hanya kira-kira 10 ml..hanya bertahan untuk 2-3 minggu sahaja, jika diguna 2 kali sehari..untuk mencarinya di pasaran, aku fikir mungkin sukar kerana produk ini dijual secara dalam talian buat masa ini..walaubagaimanapun, syabas pada syarikat terbabit kerana menghasilkan produk kosmetik yang dijamin halal..semoga masih berkesempatan untuk melawat pameran MIHAS tahun hadapan, insyaAllah..
Nota kaki: kekenyangan setelah merasa produk makanan dan minuman di sana..hehe..

Sunday, March 13, 2011

Mac 3, 2011

Pagi ni sebelum sempat aku melangkah masuk ke pejabat, rakan sekerja aku i.i Alif memaklumkan sesuatu yang acapkali dihadapi oleh aku sendiri..Dia kena 'tiau' dengan penghuni yang berang..Kasar bunyinya, kan? Namun itulah yang terjadi..Lumrah manusia apabila permintaan tidak dipenuhi (juga janji tidak ditepati), bisa menggoncang dunia, dalam kes ni pejabat kabin aku la..Isu ni sudah pun berbangkit sejak beberapa bulan dahulu..Barang belum sampai dijadikan alasan yang aku kira agak lapuk bagi kes ni..Patutlah angin pagi tadi begitu kuat menyapa aku, disebabkan kejadian tadi mungkin..Ah, apa ada dengan insiden tadi! Hanya Allah yang Mengetahui di sebaliknya..Kini, hujan pun telah menurunkan tangisannya, kadangkala aku merasakan yang hujan ni seperti tangisan aku juga..Menangis dalam diam, tidak pula diketahui punca munculnya perasaan ni..Sambil2 aku memakan roti ( yang dibeli dalam perjalanan dari bandar Klang), aku menikmati suasana dingin sejuk hujan yang membasahi bumi ciptaan Allah yang Maha Esa ni..
Hari ni juga genap seminggu usia anak saudara, Hasnan..Belum boleh dilihat berisi kerana mungkin dia tidak menyusu badan dengan sepenuhnya..Namun, aku yakin sedikit nasa lagi aku akan berani mendukungnya (itupun selepas Hasnan sudah kuat untuk dipegang oleh ku)..Boleh dikatakan trauma masih menyelubungi diri kerana dahulu aku pernah mengalami satu insiden ketika mendukung anak saudara (kini, telah sihat membesar, umur 16 tahun)..Waktu itu, masih menduduki rumah pusaka nenek (rumah kayu) yang pastinya mempunyai bendul2 yang memerangkap langkah..InsyaAllah, masanya akan tiba..Lebih2 lagi apabila aku sendiri akan memperolehi zuriat, takkanlah tidak mahu didukung anak itu.
Pada hari Jumaat yang penuh berkat ni, aku berdoa diberikan petunjuk serta kasih sayangNya untuk menghadapi hidup yang serba mencabar ni..Amin!!!

Wednesday, March 2, 2011

TINGGAL 1 HARI JER..

Salam..sudah pasti nama anak saudaraku yang terbaru (lahir Jumaat lepas, 25/2/2011) adalah NOR HASNAN B. NOR HISHAM..sudah boleh masuk dalam rekod keluarga.hehe..raya tahun ini bertambah lah bajet angpau aku..malahan, aku kini sudah pun pegang duit sendiri..mana nak 'cekau' duit ni?oleh yang demikian, aku perlulah mulakan langkah dari sekarang untuk mencari lubuk2 rezeki..tak kisahlah secara separuh masa sahaja..atau aku telah memohon pekerjaan lain (keutamaan dalam sektor kerajaan)..bukan apa, sebagai jaminan dalam hidup aku..mana nak guna untuk belanja, simpanan, pelaburan dan yang seriusnya, untuk berkeluarga.jeng3..entah bila agaknya jodoh aku sampai?kawan2 jangan lupa doakan aku ye..tinggal hari ini sahaja pelan Internet aku dapat digunakan..ini jugak perlukan 'fulus', jadi tak mau ye membazir..balik rumah, boleh juga ber'layar'.hehe..(faham2 jelah)..
Tiba-tiba sejak kebelakangan ini terkenang zaman kecil2 dulu..sebelum umur 5 tahun pasti sudah lupa..namun, selepas itu masih lagi melekat di benak aku ini..apa salahnya sekali sekala terkenang tetapi jangan pula dibuat selalu, maunya orang mengata kita ini asyik berangan sahaja..insyaAllah, di masa hadapan akan aku letakkan gambar2 kenangan keluarga dan juga zaman persekolahan aku di sini..bukan sekarang kerana gambar2 tersebut bersepah di tangan ahli keluarga.maka agak susahlah untuk mencari dan mengumpulnya semula..diharap anda dan juga aku bersabar..hehe.
Penat rupanya nak memerah idea menulis blog ini ye?masih tidak biasa rasanya..lama kelamaan akan beransur bagus dan mantap..salam khamis buat kawan2, tahniah kepada Wan Normadihah Wan Mohammed (T'ganu) yang telah bergelar ibu kepada bayi perempuan 3 hari lalu..senyum sokmo!

Friday, February 25, 2011

ANAK SAUDARA KU LAHIR..

Salam,
Semoga semua dalam keadaan sihat..salam 1Malaysia juga..tarikh keramat 25 Feb. 2011 bersamaan hari Jumaat (22 RabiulAwal 1432H), aku secara rasminya mendapat anak saudara baharu..lelaki jantinanya, nama sudah ada tapi aku belum lagi memastikannya lagi (Mungkin Nor Muhammad Aslan atau Asnan)..lahir dengan berat hanya 2.8 kg, namun ada masalah jantung, berdegup deras atau lama lain mudah mengah..kakak aku itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung (jantung berlubang) sejak dilahirkan dahulu tapi telah pun sembuh secara semulajadi apabila meningkat dewasa..apakah mungkin ini diturunkan kepada anak sulungnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua..
Anak saudara baharu ini telah menambah bilangan anak-anak saudara aku kepada 37 orang..mungkin anda yang mengetahuinya berasa amat hairan, ada juga yang kagum..maklumlah aku berasal daripada keluarga yang besar dengan adik beradik seramai 15 orang (aku merupakan anak bongsu)..hanya tinggal 2 orang kakak aku (yang berumur lebih 35 tahun tapi masih bujang) dan aku sahaja yang belum berkahwin..sesiapa yang berkenan untuk kenal kakak (atau aku.hehe..), dipersilakan..janganlah hanya kami berpendidikan tinggi dan berkerjaya bagus, anda lelaki sekalian di luar itu malu atau tidak mahu mengenali..kami pun manusia biasa, yang ada keinginan untuk berkeluarga.
Selamat berhujung minggu buat semua, jangan nakal-nakal tau! Hehe..aku mahu ber'taaaruf' dengan anak saudara baharu minggu ini..(nota: gambarnya akan aku muat turun dalam blog ini sedikit masa nanti)..saranghae!

Sunday, February 20, 2011

APA TUNGGU LAGI?!

Salam, apa sahaja lah yang membuatkan kita menunggu dan terus menunggu...benarlah kata pujangga, penantian itu satu penyeksaan..tetapi aku berasa tiada apa yang perlu dirisaukan, asalkan penantian kita itu diisi dengan perbuatan, perkataan dan niat yang bermanfaat..ini sahaja yang wajib untuk mengelakkan kita daripada sebarang bentuk tekanan termasuk emosi, rohani mahupun yang sewaktunya dengannya..namun, dalam aspek pekerjaan, tidak praktikal untuk melengah-lengahkan tugasan yang diberi..terutamanya melibatkan pelanggan, yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah di masa hadapan..
Ayuh, bersama-sama kita meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih produktif! Tidak kiralah anda berada dalam golongan bawahan, pertengahan atau atasan..janganlah anda anggap pekerjaan anda itu hanya batu loncatan semata-mata untuk mengumpul harta kekayaan dunia..kepuasan pelanggan adalah realiti di zaman materlistik ini..sekiranya ini tidak dijayakan, luluh leburlah kepercayaan serta prestasi anda dan syarikat..bukan mudah untuk mengekalkan apa yang telah kita gapai, berbanding dengan memperolehinya.
Awas, anda yang mengaku memikul amanah tetapi tidak merealisasikannya dan sebaliknya, menyalahgunakan tanggungjawab tersebut untuk kepentingan sendiri! Ingatlah, hidup ini ibarat roda..kadangkala kita berada di atas, kadangkala di bawah..seperti roda kenderaan, akan dihenyak apabila di bawah..setiap manusia pasti akan menghadapi cabaran dan dugaan..Insya-Allah, pasti ada jalan jika kita mempercayai-Nya..
Dunia adalah pentas, manusia adalah pelakonnya..terpulang kepada kita untuk mewarnakan watak dan hasilnya akan kita perolehi sama ada dengan cara yang baik atau sebaliknya..renung-renungkanlah..wassalam

Thursday, February 17, 2011

Salam Tahun Baharu 2011


Salam semua..tak terlambat ye nak ucapkan salam tahun baharu pada kawan2 semua & seantero hamba Allah di atas muka bumi ini..semoga apa yang diharapkan dalam tahun ini akan tercapai..bercakap pasal azam atau harapan, resolusi atau apa sahaja nama diberi, sememangnya dah termaktub dalam jiwa manusia untuk mencapai sesuatu di awal tahun baharu..tetapi jangankan azam baru, azam yang tahun sebelumnya pun masih belum dicapai lagi..apa sebabnya? ambil contoh saya: setiap tahun nak ambil lesen P (kereta) tapi dari hari ke hari tak dilaksanakan..alasannya, tiada bajet (belum lagi bekerja) dan masa..tahun lepas (2010), arwah bonda dah tinggalkan kami buat selama-lamanya..selepas itu, barulah saya merangkak untuk mencari kerjaya yang stabil dan bina hidup baharu.walau apapun alasan yang diberi, asalkan niat kita suci, barulah tindakan seterusnya akan diberkati..kini, saya dah pun bekerja, mempunyai pendapatan sendiri dan kepentingan lain..azam tahun ini semestinya berusaha mendapat lesen memandu, Amin! sudah lama tak menulis, terasa tak biasa pulak..hehe..pasti selepas ini, akan kerap menulis..nantikanlah apa crita yang akan dikongsi..wassalam & saranghae!