Sunday, February 20, 2011

APA TUNGGU LAGI?!

Salam, apa sahaja lah yang membuatkan kita menunggu dan terus menunggu...benarlah kata pujangga, penantian itu satu penyeksaan..tetapi aku berasa tiada apa yang perlu dirisaukan, asalkan penantian kita itu diisi dengan perbuatan, perkataan dan niat yang bermanfaat..ini sahaja yang wajib untuk mengelakkan kita daripada sebarang bentuk tekanan termasuk emosi, rohani mahupun yang sewaktunya dengannya..namun, dalam aspek pekerjaan, tidak praktikal untuk melengah-lengahkan tugasan yang diberi..terutamanya melibatkan pelanggan, yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah di masa hadapan..
Ayuh, bersama-sama kita meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih produktif! Tidak kiralah anda berada dalam golongan bawahan, pertengahan atau atasan..janganlah anda anggap pekerjaan anda itu hanya batu loncatan semata-mata untuk mengumpul harta kekayaan dunia..kepuasan pelanggan adalah realiti di zaman materlistik ini..sekiranya ini tidak dijayakan, luluh leburlah kepercayaan serta prestasi anda dan syarikat..bukan mudah untuk mengekalkan apa yang telah kita gapai, berbanding dengan memperolehinya.
Awas, anda yang mengaku memikul amanah tetapi tidak merealisasikannya dan sebaliknya, menyalahgunakan tanggungjawab tersebut untuk kepentingan sendiri! Ingatlah, hidup ini ibarat roda..kadangkala kita berada di atas, kadangkala di bawah..seperti roda kenderaan, akan dihenyak apabila di bawah..setiap manusia pasti akan menghadapi cabaran dan dugaan..Insya-Allah, pasti ada jalan jika kita mempercayai-Nya..
Dunia adalah pentas, manusia adalah pelakonnya..terpulang kepada kita untuk mewarnakan watak dan hasilnya akan kita perolehi sama ada dengan cara yang baik atau sebaliknya..renung-renungkanlah..wassalam

No comments: