Friday, February 25, 2011

ANAK SAUDARA KU LAHIR..

Salam,
Semoga semua dalam keadaan sihat..salam 1Malaysia juga..tarikh keramat 25 Feb. 2011 bersamaan hari Jumaat (22 RabiulAwal 1432H), aku secara rasminya mendapat anak saudara baharu..lelaki jantinanya, nama sudah ada tapi aku belum lagi memastikannya lagi (Mungkin Nor Muhammad Aslan atau Asnan)..lahir dengan berat hanya 2.8 kg, namun ada masalah jantung, berdegup deras atau lama lain mudah mengah..kakak aku itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung (jantung berlubang) sejak dilahirkan dahulu tapi telah pun sembuh secara semulajadi apabila meningkat dewasa..apakah mungkin ini diturunkan kepada anak sulungnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui semua..
Anak saudara baharu ini telah menambah bilangan anak-anak saudara aku kepada 37 orang..mungkin anda yang mengetahuinya berasa amat hairan, ada juga yang kagum..maklumlah aku berasal daripada keluarga yang besar dengan adik beradik seramai 15 orang (aku merupakan anak bongsu)..hanya tinggal 2 orang kakak aku (yang berumur lebih 35 tahun tapi masih bujang) dan aku sahaja yang belum berkahwin..sesiapa yang berkenan untuk kenal kakak (atau aku.hehe..), dipersilakan..janganlah hanya kami berpendidikan tinggi dan berkerjaya bagus, anda lelaki sekalian di luar itu malu atau tidak mahu mengenali..kami pun manusia biasa, yang ada keinginan untuk berkeluarga.
Selamat berhujung minggu buat semua, jangan nakal-nakal tau! Hehe..aku mahu ber'taaaruf' dengan anak saudara baharu minggu ini..(nota: gambarnya akan aku muat turun dalam blog ini sedikit masa nanti)..saranghae!

Sunday, February 20, 2011

APA TUNGGU LAGI?!

Salam, apa sahaja lah yang membuatkan kita menunggu dan terus menunggu...benarlah kata pujangga, penantian itu satu penyeksaan..tetapi aku berasa tiada apa yang perlu dirisaukan, asalkan penantian kita itu diisi dengan perbuatan, perkataan dan niat yang bermanfaat..ini sahaja yang wajib untuk mengelakkan kita daripada sebarang bentuk tekanan termasuk emosi, rohani mahupun yang sewaktunya dengannya..namun, dalam aspek pekerjaan, tidak praktikal untuk melengah-lengahkan tugasan yang diberi..terutamanya melibatkan pelanggan, yang mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah di masa hadapan..
Ayuh, bersama-sama kita meningkatkan kualiti kerja ke arah yang lebih produktif! Tidak kiralah anda berada dalam golongan bawahan, pertengahan atau atasan..janganlah anda anggap pekerjaan anda itu hanya batu loncatan semata-mata untuk mengumpul harta kekayaan dunia..kepuasan pelanggan adalah realiti di zaman materlistik ini..sekiranya ini tidak dijayakan, luluh leburlah kepercayaan serta prestasi anda dan syarikat..bukan mudah untuk mengekalkan apa yang telah kita gapai, berbanding dengan memperolehinya.
Awas, anda yang mengaku memikul amanah tetapi tidak merealisasikannya dan sebaliknya, menyalahgunakan tanggungjawab tersebut untuk kepentingan sendiri! Ingatlah, hidup ini ibarat roda..kadangkala kita berada di atas, kadangkala di bawah..seperti roda kenderaan, akan dihenyak apabila di bawah..setiap manusia pasti akan menghadapi cabaran dan dugaan..Insya-Allah, pasti ada jalan jika kita mempercayai-Nya..
Dunia adalah pentas, manusia adalah pelakonnya..terpulang kepada kita untuk mewarnakan watak dan hasilnya akan kita perolehi sama ada dengan cara yang baik atau sebaliknya..renung-renungkanlah..wassalam

Thursday, February 17, 2011

Salam Tahun Baharu 2011


Salam semua..tak terlambat ye nak ucapkan salam tahun baharu pada kawan2 semua & seantero hamba Allah di atas muka bumi ini..semoga apa yang diharapkan dalam tahun ini akan tercapai..bercakap pasal azam atau harapan, resolusi atau apa sahaja nama diberi, sememangnya dah termaktub dalam jiwa manusia untuk mencapai sesuatu di awal tahun baharu..tetapi jangankan azam baru, azam yang tahun sebelumnya pun masih belum dicapai lagi..apa sebabnya? ambil contoh saya: setiap tahun nak ambil lesen P (kereta) tapi dari hari ke hari tak dilaksanakan..alasannya, tiada bajet (belum lagi bekerja) dan masa..tahun lepas (2010), arwah bonda dah tinggalkan kami buat selama-lamanya..selepas itu, barulah saya merangkak untuk mencari kerjaya yang stabil dan bina hidup baharu.walau apapun alasan yang diberi, asalkan niat kita suci, barulah tindakan seterusnya akan diberkati..kini, saya dah pun bekerja, mempunyai pendapatan sendiri dan kepentingan lain..azam tahun ini semestinya berusaha mendapat lesen memandu, Amin! sudah lama tak menulis, terasa tak biasa pulak..hehe..pasti selepas ini, akan kerap menulis..nantikanlah apa crita yang akan dikongsi..wassalam & saranghae!