Monday, May 30, 2011

Salam..

Sudah agak lama xmenulis di dalam blog ni..hehe.sibuk sedikit kerana telah pergi ke Pontian, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat, Suhana Razali di Johor Bahru..sementelah berada di Pontian, aku telah menumpang di rumah sahabat, Nurul Mariam Husin, yang kini bekerja sebagai Pegawai Sains/Ketua Jabatan Patologi Hosp. Pontian..juga lama tak ketemunya..namun, banyak juga disembangkan, terasa bertaut kembali memori semasa di UPM. majlis Sue pada hari sabtu (28 Mei 2011), nasib tak menyebelahi kami kerana lewat sampai ke destinasi (sebab tak memahami selok belok jalan), hehe..apabila sampai, ramai kunjungan telah balik, Su & suami pun tak dapat melayan kami kerana sibuk mengambil gambar..apapun, doa & harapan agar jodoh Sue berpanjangan & segera menimang cahaya mata..selamat pengantin baharu, Sue & Dr. Erham!

Thursday, May 19, 2011

My Things



Salam..baru2 ini aku telah membeli sebuah beg duit yang aku rasa cantik..hehe.berharga rm1o, mahu ganti beg aku yang telah rosak..aku gunakan beg ini supaya senang untuk bawa telefon bimbit..xperlu la bawa beg yang besar2..juga, sandal Asadi aku yang kini menjadi kegunaan aku setiap hari..memang selesa sebab diperbuat daripada getah tetapi kena berhati2 ketika melangkah..sebab kemungkinan nak tergelincir tinggi.huhu..terutama melalui jalan yang basah.mujur, setakat ini tiada yang berlaku, alhamdulillah..aku kan banyak berjalan jadi alah bisa, tegal biasa.haha..terima kasih pada yang sudi berkongsi (kalau tiada pun, apa aku kisah?!)!

Favourites & Me



Salam..aku telah membeli senaskah buku Sudoku yang terbaharu..namun, tidak seperti edisi sebelum ini kerana tiada di rak buku kedai.huhu..Tak mengapa, asalkan aku dapat mengerah otak..lagi satu, buku nota aku yang didapati secara percuma dengan langganan setahun Majalah i-Sihat (keluaran UtusanKarya)..boleh la aku mendapat info2 kesihatan, maklum la aku kini dalam proses menurunkan berat badan.memang best majalah ini..tahniah kepada Utusan..selamat menjaga kesihatan & chayok pada peminat Sudoku yang lain!

People & Me


Salam..anak buah aku yang terbaru i.i Nor Hasnan sudah pun dekat 3 bulan usia..baharu hantar ke jagaan orang (dalam kampung juga) tetapi dah bertambah tembam.hehe..sudah lain muka dia. Makin comel, agaknya mengikut makcik2 di sini..maklumla, semua perempuan..macam raja la dia..cuti sekolah nanti ayahnya akan balik, dapat la jumpa..majlis aqiqah mungkin diadakan bulan hadapan (tarikh 11 Jun 2011, Sabtu)..harap semua berjalan dengan baik. Salam 1Malaysia!

Thursday, May 5, 2011

Masjidku..


Ini la masjid di kawasan tempat tinggal aku..juga akan dijadikan tempat untuk aku bergelar seorang isteri, insyaAllah..masanya akan tiba..tak silap siap dibina pada tahun 2001, atas cadangan arwah abah aku, Hj Md Nusi Hj Sirat..masa tu arwah aktif menjadi salah ahli komuniti masjid..alhamdulillah, tersergam indah..diharap banyak aktiviti akan dijalankan di sini..bersama mengimarahkan rumah Allah ini..

Miaww..



Salam..terima kasih pada yang sudi berkongsi..nak cerita pasal kucing rumah yang baru aje mati 2 minggu lepas..nama panggilannya, ChaCha..betina, ibu kepada 3 generasi iaitu untuk kali pertama, anak2 ada 2 ekor (BuBu & BiBi), kali kedua anak2 ada 3 ekor (Putih, Comel & Comot)..tapi malang juga Putih juga mati sebab batu karang sebelum ibunya ikut langkahnya..yang terkini, ada 3 ekor anak - Boboi, Ren & TamTam..comey semuanya, sayang tak lama nak rapat dengan ibunya..huhu.namun, anak ChaCha i.i BuBu & BiBi juga telah beranak tapi hanya seekor aje yang hidup sampai sekarang kerana tak kuat..mungkin sebab hasil hubungan dengan induknya sendiri..ChaCha sayang pada semua anak2 kecil itu..sedih sangat bila pagi menjelang, tiada kelibatnya di depan pintu rumah..sebelum itu (tengah malam), terdengar suara anjing2 liar..itu la puncanya dia mati, aku fikir..malam itu dia begitu manja sekali, seperti petanda dia takkan lama lagi hidup..lumrah dunia haiwan, hidup mati menjadi kebiasaan..begitu juga dengan manusia..

Tahniah!


Salam..tahniah kepada rakan-rakanku yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan..walaupun sama umur tetapi jodoh masing-masing hanya Allah yang tahu..cepat atau lambat jodoh tu datang juga tidak diketahui..jika tahu, masakan aku masih lagi bergelar bujang lapok?hehe..barangkali belum lagi boleh dipanggil lapok, namun auranya semacam mendekati..insyaAllah, sampai seru, aku akan bernikah..tiada sesiapa manusia pun yang mahu mengelak dari berkeluarga sendiri, apatah lagi mempunyai zuriat..sememangnya perkahwinan itu menjanjikan banyak manfaat dan menjadikan manusia itu lebih bahagia..doaku semoga kalian kekal hingga ke akhir hayat dengan jodoh masing-masing..pada yang sudah atau akan mempunyai anak, peliharalah ia dengan sempurna..satu hari nanti akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat, Amin!!!

Monday, May 2, 2011

Me!



Bulan April sudah pun menghilang..namun, kenangan di dalamnya aku takkan lupakan..setiap saat pun aku seboleh-bolehnya tidak mahu mensia-siakannya..biarlah orang di sekeliling berkata macam-macam terhadap kita, kita seharusnya tidak melenting..sebaliknya, berfikir tentang natijah serta kesan yang di[erkatakan itu kepada kita..muhasabah diri adalah jalan terbaik buat semua hamba Allah di muka bumi ini..salam sayang dariku..

MIHAS 2011


Salam..maaf sebab baharu update blog setelah sekian lama..sekalian sudah maklum, bulan April lepas berlangsung pameran halal antarabangsa atau lebih dikenali dengan MIHAS di Pusat Konvensyen KLCC..aku turut sempat menjenguk booth yang ada, sebanyak 4-5 dewan menempatkan lebih 500 booth dalam dan luar negara..namun, aku hanya mampu menjenguk sekadar lalu sahaja, memandangkan ramai pengunjung dan aku pula ingin mempercepatkan edisi perjalanan pada hari tersebut (pendek kata, perlu balik segera!)..aku sempat membeli produk iaitu makanan cepat masak (ready-to-eat food) - tomyam lemak ikan patin..rasanya sedap, sesuai la bagi yang ingin membawa ke luar negara, hanya perlu rendam paket dalam air mendidih..selepas 5 minit, boleh la dimakan..selain itu, aku sebenarnya ingin mencari produk berkaitan herba roselle..namun, hampa akhirnya..lantas, aku bertukar kepada produk terbaharu yang lain..salah satunya, penyembur rambut, mengandungi wangian lavender..amat sesuai diguna oleh wanita muslimah yang memakai tudung..aku pun mencubanya, membeli pek sampel yang berharga RM10.00 (3 botol)..tetapi, penggunaannya begitu singkat dek kerana isipadu sampel tersebut hanya kira-kira 10 ml..hanya bertahan untuk 2-3 minggu sahaja, jika diguna 2 kali sehari..untuk mencarinya di pasaran, aku fikir mungkin sukar kerana produk ini dijual secara dalam talian buat masa ini..walaubagaimanapun, syabas pada syarikat terbabit kerana menghasilkan produk kosmetik yang dijamin halal..semoga masih berkesempatan untuk melawat pameran MIHAS tahun hadapan, insyaAllah..
Nota kaki: kekenyangan setelah merasa produk makanan dan minuman di sana..hehe..