Monday, May 30, 2011

Salam..

Sudah agak lama xmenulis di dalam blog ni..hehe.sibuk sedikit kerana telah pergi ke Pontian, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat, Suhana Razali di Johor Bahru..sementelah berada di Pontian, aku telah menumpang di rumah sahabat, Nurul Mariam Husin, yang kini bekerja sebagai Pegawai Sains/Ketua Jabatan Patologi Hosp. Pontian..juga lama tak ketemunya..namun, banyak juga disembangkan, terasa bertaut kembali memori semasa di UPM. majlis Sue pada hari sabtu (28 Mei 2011), nasib tak menyebelahi kami kerana lewat sampai ke destinasi (sebab tak memahami selok belok jalan), hehe..apabila sampai, ramai kunjungan telah balik, Su & suami pun tak dapat melayan kami kerana sibuk mengambil gambar..apapun, doa & harapan agar jodoh Sue berpanjangan & segera menimang cahaya mata..selamat pengantin baharu, Sue & Dr. Erham!

No comments: