Monday, May 2, 2011

MIHAS 2011


Salam..maaf sebab baharu update blog setelah sekian lama..sekalian sudah maklum, bulan April lepas berlangsung pameran halal antarabangsa atau lebih dikenali dengan MIHAS di Pusat Konvensyen KLCC..aku turut sempat menjenguk booth yang ada, sebanyak 4-5 dewan menempatkan lebih 500 booth dalam dan luar negara..namun, aku hanya mampu menjenguk sekadar lalu sahaja, memandangkan ramai pengunjung dan aku pula ingin mempercepatkan edisi perjalanan pada hari tersebut (pendek kata, perlu balik segera!)..aku sempat membeli produk iaitu makanan cepat masak (ready-to-eat food) - tomyam lemak ikan patin..rasanya sedap, sesuai la bagi yang ingin membawa ke luar negara, hanya perlu rendam paket dalam air mendidih..selepas 5 minit, boleh la dimakan..selain itu, aku sebenarnya ingin mencari produk berkaitan herba roselle..namun, hampa akhirnya..lantas, aku bertukar kepada produk terbaharu yang lain..salah satunya, penyembur rambut, mengandungi wangian lavender..amat sesuai diguna oleh wanita muslimah yang memakai tudung..aku pun mencubanya, membeli pek sampel yang berharga RM10.00 (3 botol)..tetapi, penggunaannya begitu singkat dek kerana isipadu sampel tersebut hanya kira-kira 10 ml..hanya bertahan untuk 2-3 minggu sahaja, jika diguna 2 kali sehari..untuk mencarinya di pasaran, aku fikir mungkin sukar kerana produk ini dijual secara dalam talian buat masa ini..walaubagaimanapun, syabas pada syarikat terbabit kerana menghasilkan produk kosmetik yang dijamin halal..semoga masih berkesempatan untuk melawat pameran MIHAS tahun hadapan, insyaAllah..
Nota kaki: kekenyangan setelah merasa produk makanan dan minuman di sana..hehe..

No comments: