Thursday, May 16, 2013

MULAKAN TUGAS!

Salam jumaat semua..salam sejahtera..sejak akhir-akhir ini pelbagai ujian melanda diri tetapi akan ditempuhi jua kerana itu tandanya Allah sayangkan kita, betul bukan? Senang, susah, gembira atau duka semuanya itu adalah ujian dariNya, dan setiap daripada kita (manusia) wajib melaluinya..cuma kemampuan diri sahaja yang menjadi batu penghalang..apa yang penting ialah terus melangkah ke hadapan dan tidak mengapa jika kita tersungkur kerana apa yang paling utama, bagaimana cepatnya kita bangun daripada kejatuhan tersebut..dan seterusnya mencapai apa yang kita cita-citakan selama ini..

Begitulah juga dengan barisan Kabinet Malaysia yang baharu dilantik..semuanya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menbangunkan negara, janganlah pula asyik bertikam lidah sehinggakan keutamaan rakyat diabaikan..apabila sudah melangit, janganlah pula lupa untuk menunduk ke bawah kerana tanah itu jua asal usul kita..sendiri mahu ingat ye!

Apa yang semua rakyat harapkan, tahun berikutnya Malaysia membangun dengan makmur..FIGHTING ALL!

 

Jangan lupa untuk memohon belajar dan kerja di USA jika berminat sebab semua perbelanjaan akan ditanggung..sila lawat link di bawah ini untuk info 


Terima kasih Allah!

No comments: